KKM sasar 80 peratus remaja lengkap vaksinasi sebelum sesi persekolahan 2020

0
1

SECARA keseluruhan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja mensasarkan seramai 3.2 juta remaja berumur 12 hingga 17 tahun dilengkapi vaksinasi Covid-19.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mensasarkan supaya 60 peratus daripada kumpulan remaja terbabit mendapat sekurang-kurangnya satu dos pada November ini.

Beliau berkata, sasaran 80 peratus daripada kumpulan berkenaan mendapat dos lengkap pula sebelum sesi persekolahan awal tahun depan iaitu pada Januari.

“Sehingga 15 September lalu, kita telah memberi kelulusan kepada semua remaja berusia 12 hingga 17 tahun, namun di kawasan yang mempunyai sedikit kekangan dari segi bekalan vaksin kita sarankan agar PICK Remaja ini dimulakan dikalangan remaja berusia 16 dan 17 tahun seperti yang dibuat di Putrajaya hari ini

“Tetapi di kawasan vaksin yang mencukupi kita benarkan untuk dilaksanakan bagi keseluruhan kumpulan remaja berkenaan,” kataya dalam sidang media selepas Pelancaran PICK Remaja peringkat kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 8 (1) Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, PICK Remaja bermula lebih awal di Sarawak pada 18 September ldan di Labuan pada 11 September lalu serta
di Sabah juga terutama melalui program jangkau luar ke kawasan pedalaman dan pulau-pulau.

“Sehingga 16 September lalu seramai 85,076 remaja sudah menerima dos pertama di negeri-negeri berkenaan dan setakat ini tiada kesan sampingan yang serius dilaporkan

“PICK Remaja ini juga adalah penting untuk persediaan pembukaan semula sekolah pada Oktober ini dan ia adalah komitmen saya kepada Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin yang meminta sekolah dapat dibuka dengan selamat,” katanya.

Khairy Jamaluddin berkata, antara strategi yang dilakukan dalam program berkenaan adalah memberi liputan imunisasi kepada remaja yang berada di tahun peperiksaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here