Kaedah terbaharu permohonan masuk Malaysia esok – KJ

0
1

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah melakukan tinjauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini mengenalpasti kaedah terbaik untuk meningkatkan kemasukan pelancong ke Malaysia.

Beliau berkata, segala maklumat yang diperolehi hasil daripada tinjauan itu akan diberitahu dalam pengumuman terbaharu proses permohonan kuarantin di rumah kepada pengembara atau pelancong ke Malaysia, esok

“Sebagai sebahagian daripada strategi #ReopeningSafely Malaysia, saya mengunjungi KLIA hari ini untuk meningkatkan aliran proses bagi pelancong masuk dan mengumumkan proses permohonan kuarantin di rumah yang lebih mudah, akan disiarkan pada jam 8 pagi, esok 21 September,” ciapnya di Twitter, hari ini.

Menurutnya, proses yang diguna pakai melalui emel ketika ini menyebabkan sehingga 6,000 permohonan memasuki Malaysia tertunggak dan menunggu giliran untuk diproses.

“Proses semasa menggunakan alamat e-mel telah menyebabkan tunggakan 6,000 permohonan.

“Ini akan digantikan dengan proses di mana anda akan menerima jawapan dalam masa tiga hari setelah mengemukakan permohonan lengkap. Esok klik sahaja sepanduk HQA di laman web KKM kami,” katanya.

Khairy berkata, selain dapat meningkat kemasukan pengembara luar ke Malaysia, ia juga dapat menjimatkan wang kepada warga Malaysia untuk menjalani kuarantin di rumah.

“Ini akan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia dan ekspatriat pulang, kuarantin di kediaman mereka sendiri tanpa perlu mengeluarkan wang untuk kuarantin hotel,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here