Covid-19: Kes harian kekal di bawah 15,000

0
2
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

JANGKITAN harian Covid-19 di Malaysia sekali lagi mencatatkan angka di bawah 15,000 buat hari kedua berturut-turut iaitu merekodkan 14,345 kes hari ini berbanding 14,954 semalam.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, Labuan sekali lagi merekodkan sifar kes positif baharu Covid-19 hari ini.

Sarawak terus melaporkan kes tertinggi iaitu 3,611 kes, diikuti Johor (1,598), Selangor (1,365), Sabah (1,255), Pulau Pinang (1,170), Perak (1,090) dan Kelantan (1,050).

Enam negeri merekodkan jangkitan harian tiga angka iaitu Kedah sebanyak 967 kes, Terengganu (804), Pahang (779), Kuala Lumpur (307), Melaka (162) dan Negeri Sembilan (125).

Sementara itu Perlis merekodkan 51 kes baharu positif Covid-19 dan Putrajaya hanya 11 kes baharu.

Sehingga hari ini, Malaysia telah merekodkan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 2,112,175 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here