PETINJU Filipina, Manny Pacquiao bakal bertanding dalam pilihan raya presiden negara itu yang akan diadakan pada tahun depan.
Perkara tersebut disahkan sekutu terdekatnya Senator Aquilino “Koko” Pimentel III, dipetik The Star.
Pacquiao, yang kini merupakan seorang senator, dicalonkan Parti PDP-Laban semasa perhimpunan peringkat kebangsaan parti itu.
Terdahulu, sebuah lagi parti mencalonkan Presiden Rodrigo Duterte sebagai calon naib presiden manakala
pembantunya, Senator Christoper “Bong” Go, sebagai calon presiden parti. – Malaysiapost

