KKM ucap terima kasih kepada Chong Wei

0
2

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Perkara itu dizahirkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah susulan sumbangan oleh Yayasan Lee Chong Wei untuk menaiktaraf Unit Kecemasan Hospital Bukit Mertajam.

“Saya dam seluruh wargakerja KKM ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Yayasan Lee Chong Wei atas sumbangan menaiktaraf Unit Kecemasan Hospital Bukit Mertajam.

“Semoga ianya dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk semua penduduk setempat dan sekitarnya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Kelmarin, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim menzahirkan ucapan terima kasih kepada Chong Wei atas sumbangan RM243,000 untuk menambah kapasiti Hospital Bukit Mertajam (HBM).

Sim memberitahu, beberapa minggu lalu beliau telah berbincang bersama Chong Wei mengenai keperluan menambah kapasiti HBM untuk merawat pesakit Covid-19.

Katanya, dengan pembinaan baharu itu HBM akan mempunyai tambahan 32 katil untuk menampung rawatan pesakit Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here