Pogba santai tonton kartun Omar & Hana

0
2

MENJELANG aksi penting bertemu West Ham United dalam saingan Liga Perdana Inggeris malam esok, pemain Manchester United, Paul Pogba masih sempat meluangkan masa menonton kartun terbitan syarikat animasi Malaysia, Omar & Hana.

Menerusi satu hantaran di Instagramnya, Pogba memuatnaik gambar beliau memegang alat kawalan jauh dengan kartun Omar & Hana versi Bahasa Inggeris terpapar pada TV terbaharu di rumahnya.

“Bersama C62+ TV terbaharu saya dari TCL dan ia skrin bersaiz XXL. Sesi menonton filem bersama keluarga di rumah,” kata pemain yang telah membuat tujuh bantuan gol daripada lima aksi bersama Manchester United musim ini.

Omar & Hana adalah animasi berunsurkan Islamik dihasilkan oleh syarikat animasi Malaysia, Digital Durian (DD).

Siri Omar & Hana mengisahkan perjalanan dua beradik iaitu Omar dan Hana serta keluarga dan rakan-rakan mereka yang belajar mengenai nilai dan ciri-ciri Islam yang baik.

Susulan hantaran itu, ramai netizen Malaysia tampil memberi komen positif di Instagram Pogba sambil menyatakan rasa bangga kerana rancangan kartun terbitan Malaysia menjadi pilihan pemain yang memenangi Piala Dunia 2018 itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here