KJ terjah Hospital Kajang, cuma bawa seorang pegawai

0
1
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1631947503249","origin":"unknown","fte_sources":[],"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini dilaporkan mengadakan lawatan mengejut ke Hospital Kajang di Selangor.

Gambar dikongsi beberapa pengguna media sosial hari ini menunjukkan Khairy hadir dengan memakai pakaian tidak formal serta menggunakan kasut sukan.

“Spotted in Hospital Kajang. Ini baru betul bila kita kata lawatan mengejut. Memang boleh tercabut jantung staf bila nampak YBMK (Yang Berhormat Menteri Kesihatan) datang macam ni saja,” ciap pengguna Twitter Khairul Hafidz.

Menerusi gambar-gambar lain dikongsi di Facebook yang dimuat naik pengguna akaun Nik Aminudin Nss, Khairy kelihatan berbual bersama beberapa staf hospital berkenaan.

Nik Aminudin menulis: Sempoi YB KJ, Menteri Kesihatan datang diam-diam ke Hospital Kajang, bawa seorang pegawai, datang hari Sabtu.”

Beliau menambah: Weekend semua top management hospital tak ada, sure pengarah hospital pun tak tahu. Macam ini baru tahu keadaan sebenar Hospital Kajang ok ke tak ok.

“Harap Bajet 2022 dapat lebihlah Hospital Kajang ye,” tulisnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here