Lebih 200,000 pelancong lawat Langkawi menjelang Disember

0
2

MAJLIS Pemulihan Negara (MPN) menyasarkan jumlah pelancong ke Langkawi akan melebihi jumlah disasarkan iaitu 200,000 orang sehingga Disember depan.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya yakin projek rintis gelembung pelancongan di pulau itu mampu menarik ramai pengunjung berdasarkan keyakinan orang ramai.

“Saya jangka bila mana tahap keyakinan pengusaha meningkat dan kemudahan disediakan kembali boleh digunakan pelancong, selain penerbangan dari luar negara boleh masuk ke sini maka kadar kedatangan pelancong ke Langkawi itu boleh berubah,” katanya selepas menghadiri sesi dialog bersama pengusaha hotel, homestay, kereta sewa dan pemandu teksi hari ini.

Muhyiddin berkata, dengan kapasiti 12,000 bilik di Langkawi juga mampu menampung kedatangan pelancong yang lebih ramai.

“Lebih banyak lagi hotel baharu akan dibina bila keadaan bertambah baik lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menjangkakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) terutama berkaitan rentas negeri apabila negara mencapai tahap imuniti kelompok yang diperlukan.

“Pada Oktober ini lebih banyak negeri akan beralih kepada Fasa Dua atau Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara nanti dan ini satu perkembangan yang baik,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here