PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keutamaan kerajaan pada masa ini adalah untuk membuka sektor ekonomi secara berperingkat.
Beliau berkata, pembukaan 11 sektor ekonomi keti ini, bukan sahaja dapat membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi negara, malah memberi peluang dan ruang untuk rakyat memperbaiki hidup.
“Dalam sidang Parlimen hari ini, saya telah menjawab soalan mengenai kewajaran pembukaan semula 11 sektor ekonomi di negeri Fasa 1.

“Langkah mengurung rakyat dengan lebih lama sudah tidak sesuai dan dikhuatiri dapat memberi implikasi buruk kepada kesihatan mental dan usaha membawa negara bebas dari pandemik Covid-19,” katanya menerusi Facebook, hari ini.
Beliau berkata, tindakan itu juga wajar selepas kerajaan mengambil kira tiga faktor termasuk penerimaan vaksinasi yang tinggi mencecah 74.7 peratus bagi yang lengkap dua dos.
“(Selain) data penilaian risiko yang dijalankan serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat,” katanya.

