Varian Delta tersebar luas di seluruh Sarawak

0
1
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

PIHAK berkuasa mengesahkan hampir semua jangkitan Covid-19 di Sarawak adalah dari jenis varian Delta yang mudah tersebar.

Ia disahkan hasil penjujukan genom varian SARS-COV 2 oleh Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pengarahnya Prof Dr David Perera berkata sejumlah 303 varian membimbangkan (VOC) tambahan dikesan daripada 307 kes positif pada 31 Ogos lalu.

Katanya, varian Delta menjadi varian dominan menjangkiti pesakit Covid-19 di Sarawak

Menurutnya, semua VOC itu adalah varian Delta (B.1.617.2) dengan keseluruhannya dikesan pada kadar 99 peratus mewakili peningkatan dari 82 peratus dilaporkan IHCM pada 2 Ogos lalu.

“Data itu menunjukkan varian Delta adalah varian dominan sudah tersebar luas di Sarawak pada masa ini,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Dr David berkata, varian Delta dikesan 100 peratus di bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah, Miri dan Limbang.

Bahagian Sibu dan Kapit pula mencatatkan 97 peratus manakala bahagian Bintulu 98 peratus. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here