Kes baharu Covid-19 turun ketara

0
1
Kelihatan orang ramai meluangkan masa di Taman Layang-layang Kepong ketika tinjauan Malaysiapost hari ini. Kerajaan mengumumkan kelonggaran kepada penerima-penerima 2 dose vaksin untuk sukan dan riadah (outdoor).

JUMLAH kes harian Covid-19 menunjukkan penurunan ketara hari ini apabila merekodkan 16,073 kes berbanding 19,198 kes semalam.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia setakat ini menghampiri dua juta kes iaitu 1,995,771 kes.

Sarawak merekodkan jumlah jangkitan harian tertinggi iaitu 3,522 kes (160,320 kes kumulatif), diikuti Johor 2,030 kes (166,251 kes kumulatif).

Selangor yang sebelum ini mencatatkan jumlah kes harian tertinggi kini merekodkan 1,947 kes (643,580 kes kumulatif), manakala mencatatkan Sabah 1,649 kes baharu (175,512 kes kumulatif).

Pulau Pinang mencatatkan 1,243 kes baharu (109,505 kes kumulatif), diikuti Kedah 1,191 kes (119,118 kes kumulatif) dan Kelantan 1,070 kes (94,804 kes kumulatif), manakala Perak 1,011 kes (83,666 kes kumulatif).

Sementara itu, Pahang merekodkan 878 kes baharu (52,505 kes kumulatif), diikuti Terengganu 704 kes (43,505 kes kumulatif) dan Kuala Lumpur 398 kes (180,466 kes kumulatif).

Melaka pula mencatatkan 206 kes (53,449 kes kumulatif), manakala Negeri Sembilan 156 kes (94,623 kes kumulatif) dan Perlis 41 kes (2,832 kes kumulatif ), Putrajaya 16 kes (5,748 kes kumulatif) dan Labuan 11 kes (9,887 kes kumulatif). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here