292 lagi kematian semalam, 106 BID

0
2
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia mula mencangkul tanah untuk menanam jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

MALAYSIA mencatatkan 292 lagi kematian akibat Covid-19 setakat semalam dengan 106 daripadanya meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Berdasarkan data dikongsikan Kementerian Kesihatan (KKM) di laman web COVIDNOW, jumlah keseluruhan kematian di Malaysia setakat ini ialah 20,771.

Kes kematian per 100,000 populasi dicatatkan dalam tempoh dua minggu menunjukkan Pulau Pinang mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 16.5 peratus kes kematian.

Ia diikuti Johor 11.6 peratus, Sabah 9.5 peratus dan Kedah 9.2 peratus. Sementara itu, seramai 1,338 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 721 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Daripada 19,198 kes harian yang dilaporkan semalam, 253 kes (1.3 Peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5.

Manakala, 18,945 kes (98.7 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here