MURID pra-sekolah dan tadika swasta akan mula hadir ke sekolah pada Fasa Tiga, Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata murid-murid terbabit akan hadir sepenuhnya tanpa penggiliran.
“Murid pra-sekolah serta tadika swasta akan hadir tanpa penggiliran bagi negeri-negeri Fasa Tiga,” katanya dalam sidang media mengenai pengoperasian sekolah hari ini.
“Murid lain (sekolah rendah) masih menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),”
Radzi menjelaskan, semua murid sekolah rendah masih meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Selain murid pra-sekolah dan tadika swasta, murid yang akan ke sekolah bagi negeri-negeri Fasa Tiga ialah Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
Tarikh kemasukan semula ke sekolah bagi kesemua murid pra-sekolah, tadika swasta serta MBK dan PPKI ialah sehingga 10 hingga 11 Disember 2021. – Malaysiapost

