Lebih 50 peratus golongan dewasa lengkap divaksin

0
1

GOLONGAN dewasa di Malaysia yang telah menerima vaksin lengkap Covid-19 kini melebihi 50 peratus. 

Berdasarkan data di laman web covidnow.moh.gov.my, setakat jam 11.59 malam tadi seramai 17,026,781 golongan dewasa di Malaysia telah menerima vaksin lengkap Covid-19 atau 52.1 peratus daripada keseluruhan populasi berusia 18 tahun ke atas.

Pada masa sama seramai 21,290,857 telah menerima satu dos vaksin atau 65.2 peratus.

Sementara itu, sebanyak 34.8 peratus golongan dewasa di Malaysia masih belum menerima sebarang suntikan vaksin Covid-19.

Setakat ini jumlah yang mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin telah melebihi 38,260,575 orang. 

Semalam telah merekodkan sebanyak 169,969 vaksin telah diberikan kepada orang ramai. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here