TUDM hantar bekalan perubatan kritikal ke Kuching

0
1

TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) semalam melaksanakan penerbangan bantuan logistik bagi menghantar bekalan perubatan kritikal ke Kuching, Sarawak.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata penerbangan berkenaan menggunakan pesawat A400M dari No.22 Skuadron dari Pangkalan Udara Subang ke Kuching.

“Semalam TUDM dengan menggunakan pesawat A400M dari No.22 Skuadron telah melaksanakan penerbangan bantuan logistik.

“Ia bagi menghantar bekalan perubatan kritikal yang disumbangkan – 40,000 unit Viral Transport Medium (VTM) dan 67 unit Oxygen Concentrator dari Pangkalan Udara Subang ke Kuching, Sarawak,” tulisnya dalam hantaran Facebook.

Hishammuddin berkata, beliau difahamkan, pembantu juruterbang yang bertugas dalam misi berkenaan ialah seorang wanita iaitu Kapten Nur Antasha Zulkarnain.

“Terima kasih Kapten dan terima kasih juga kepada juruterbang, Lt Kol Nazlan Shah Zainal TUDM serta seluruh anak kapal,” katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus tingkatkan penglibatan demi bantu negara memerangi Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here