PDRM, KPN ucap takziah kepada keluarga Zaman Khan

0
1

KETUA Polis Negara (KPN), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Dalam perkongsian menerusi Facebook PDRM memaklumkan, Timbalan KPN, Datuk Seri Mazlan Lazim serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menzahirkan ucapan sama.

PDRM berkata, Allahyarham pernah mencurahkan bakti terakhir di dalam agensi itu sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman pada tahun 1989 sehingga 1993 sebelum ditukarkan ke Jabatan Penjara Malaysia sebagai Ketua Pengarah.

“Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Bukit Aman sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur, petang ini.

“Didoakan agar roh Allahyarham Tan Sri Zaman Khan dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh.Al-Fatihah,” kata hantaran di Facebook PDRM.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Allahyarham Zaman Khan meninggal dunia jam 10.15 pagi tadi.

Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh Pengerusi dan Pemandu Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tun Hanif Omar.

Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal bulan lalu selepas dilaporkan pengsan ketika menunggu janji temu dengan doktor. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/09/11/zaman-khan-meninggal-dunia/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here