‘Muhyiddin seorang ‘fighter’ tetapi dia juga manipulator’ – Puad

0
1

AHLI Majli Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata tidak mustahil Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN) akan membuat kemunculan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Mohd Puad secara sinis berkata, kemungkinan itu memang wujud kerana Muhyiddin adalah seorang ‘fighter’ tetapi dalam pada masa beliau mendakwa Ahli Parlimen Pagoh itu juga seorang manipulator.

Beliau mendakwa Muhyiddin sememangnya pandai mengambil kesempatan dan ia dibuktikan dalam ‘Langkah Sheraton’ termasuk menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika zaman Datuk Seri Najib Razak dengan menekan Tun Abdullah Ahmad Badawi mempercepatkan peralihan kuasa.

“Memang tidak mustahil (kemunculan semula Muhyiddin). Muhyiddin seorang “fighter”. Tetapi dia juga manipulator. ‘A good manipulator’. Itu kelebihan Muhyiddin. Dia tahu ambil kesempatan.

“Sebab itu dia boleh jadi PM ke 8 melalui Sheraton Move. Dia jadi TPM zaman Najib, setelah menekan Pak Lah untuk percepatkan peralihan kuasa,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Mohd Puad berkata, Muhyiddin dan Bersatu masih dalam kerajaan walaupun beliau terpaksa meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana mendakwa Presiden Bersatu itu mempunyai ‘langkah rahsia’.

“Kini dia dan PPBM (Bersatu) masih dalam kerajaan walaupun terpaksa meletak jawatan PM. Dia tahu apa akan dibuat sebab dia ada “langkah” rahsia.

“Penghalang utama Muhyiddin adalah Najib, (Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid (Hamidi) dan akar umbi Umno yang menolak Bersatu. Muhyiddin tidak pernah ada akar umbi yang kuat,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Puad berkata, Umno sudah buat keputusan 16 kerusi parti itu yang melompat masuk Bersatu dan Warisan akan kekal milik Umno di PRU15 dan ia tiada kompromi.

“Semuanya bergantung “parti” mana yang dominan dan menguasai Kerajaan,” katanya.

Semalam, media melaporkan, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN menyatakan komitmen yang gabungan itu akan membuat “kemunculan semula” dalam PRU akan datang.

Muhyiddin yang meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri bulan lalu, membayangkan beliau akan mengetuai gabungan PN dalam PRU15.

Bagaimanapun, sehingga waktu itu tiba, Muhyiddin berkata gabungan itu akan terus menjadi anggota kerajaan untuk meneruskan usaha memulihkan negara akibat wabak Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here