72% populasi dewasa lengkap vaksin

0
1
Petugas menyuntik vaksin AstraZaneca kepada seorang penerima vaksin di PWTC.

SEBANYAK 38,001,646 dos vaksin Covid-19 membabitkan dos tunggal dan dua dos diberikan, setakat semalam.

Angka itu menjadikan peratusan populasi dewasa keseluruhan penduduk Malaysia yang sudah divaksinasi adalah 72.0 peratus.

Berdasarkan infografik dikongsi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di Facebook, jumlah individu yang menerima satu dos vaksinasi adalah 21,195,778, manakala dos kedua adalah 16,856,812 orang.

Peratusan populasi keseluruhan yang menerima satu dos vaksin Covid-19 setakat ini adalah 64.9 peratus dan bagi yang lengkap dua dos vaksin pula adalah 51.6 peratus.

Populasi dewasa pula yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi adalah 90.5 peratus.

Lembah Klang dan Labuan kini merekodkan hampir 100 peratus bagi populasi dewasa yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 iaitu Lembah Klang (99.9 peratus) dan Labuan (95.9 peratus).

Sarawak pula mencatatkan 88.1 peratus dan diikuti Negeri Sembilan 86.9 peratus populasi dewasa yang sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan 287,059 pemberian dos dengan 111,027 daripadanya adalah dos pertama manakala 176,032 telah melengkapkan penerimaan dos. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here