‘Terima kasih barisan hadapan Keluarga Malaysia’ – PM

0
2

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan kepada semua anggota penguat kuasa yang bertugas dalam sekatan jalan raya di Lembah Klang.

Penghargaan tersebut diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penguat kuasa lain yang ditugaskan memantau sekatan jalan raya.

Menerusi ciapan di Twitter, Ismail Sabri turut berterima kasih kepada anggota ditugaskan bagi memantau sekatan jalan raya yang masih beroperasi di seluruh negara.

“Pengorbanan dan jasa semua amatlah dihargai oleh saya dan rakyat Malaysia.

“Terima kasih barisan hadapan Keluarga Malaysia,” ciapnya.

Terdahulu, Lembah Klang beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuasa kuasa hari ini.

Mulai hari ini pergerakan rentas daerah dibenarkan bagi kawasan Lembah Klang iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya melibatkan individu yang lengkap dua dos vaksin.

Kelonggaran yang diberikan adalah sama seperti negeri-negeri yang telah memasuki Fasa Dua sebelum ini, seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here