‘PERANG’ antara pelakon popular, Sharnaaz Ahmad dan penyanyi rap, Caprice semakin hangat apabila kedua-dua selebriti itu saling berbalas sindiran di media sosial sejak semalam.
Menerusi Instagram Live Sharnaaz dan pelakon, Shukri Yahya semalam, telah mencuri perhatian warga netizen apabila Sharnaaz menggunakan ‘filter’ seperti Pak Arab.
Meneruis LiveIG berkenaan, Sharnaaz juga kelihatan meniru ‘slang’ percakapan Caprice dan secara berjenaka memaklumkan dia baru sahaja pulang dari Jordan.
Tindakan Sharnaaz itu dipercayai menimbulkan rasa kurang senang Caprice yang turut memuat naik satu hantaran untuk membalas sindiran tersebut.
Dalam hantaran itu, Caprice turut menyifatkan Sharnaaz seperti ‘sotong’ memandangkan pelakon itu pernah melakonkan drama ‘Suamiku Encik Sotong’, selain mengajak untuk bersemuka.
Menyedari namanya disebut Caprice di Instagram, Sharnaaz memuat naik perkongsian di InstaStory menyahut cabaran penyanyi rap itu untuk bersemuka.
Malah, Sharnaaz turut memerli Caprice mendakwa beliau membawa panji Islam tetapi takut dengan jarum.
Dalam hantaran sama, Sharnaaz turut menujukkan perkongsian telah menghubungi Caprice serta berkongsikan lokasi dimana dia berada sekarang.
‘Perang media sosial’ antara dua seleberiti itu terus berlarutan, apabila Caprice memuat naik mesej daripada pengikutnya yang kurang senang dengan Sharnaaz yang asyik mengutuk orang tetapi apabila kena pada diri sendiri pasti akan melenting.
Caprice berkata dia menyangkakan selama ini Sharnaaz adalah rakannya dan tetap sabar meskipun sudah beberapa kali diperli. Ujarnya, dia tidak sabar untuk selesai kuarantin untuk selesaikan hal tersebut.
Terdahulu, selepas lebih dua bulan berada di Mesir bagi menyertai misi bantuan kemanusiaan, Caprice mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air kelmarin.
Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu ‘Xde Hal Bro’ itu memuat naik satu video yang memaparkan dia sudah tiba di Kuala Lumpur menaiki sebuah van khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sehubungan itu, dia turut berterima kasih kepada pihak PDRM kerana membantu mengawasi perjalanannya dari tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga ke hotel untuk kuarantin kendiri. – Malaysiapost

