“Selamat kembali kepada fitrah” – Adam Corrie

0
2

PELAKON, Adam Corrie Lee Abdullah, bersyukur apabila dapat membantu beberapa individu kembali kepada fitrah atau memeluk agama Islam, hari ini.

Perkara itu dikongsikan dalam satu hantaran di laman Facebooknya bersama video yang menunjukkannya membantu dua wanita dan seorang lelaki mengucap mengucap dua kalimah syahadah.

“Alhamdulillah, di hari Jumaat yang penuh keberkatan. Selamat kembali kepada fitrah wahai saudara-saudaraku,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Adam turut berkongsi dua ayat al-Quran daripada surah Al-Kahfi ayat 10 dan surah Ali-Imran ayat lapan.
.
“Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.” – (Al-Kahfi:10).

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau palingkan hati kami dari Islam setelah Engkau beri hidayah kepada kami. Limpahkanlah keimanan kepada kami dari sisi-Mu. Engkau Maha Pemberi rahmat kepada orang-orang mukmin.” (Ali Imran:8),” kongsinya.

Beliau turut memberi kata-kata semangat agar sentiasa senyum serta selalu bersangka baik untuk beroleh ketenangan hati.

Adam memeluk Islam pada Julai 2007 dan beliau mendirikan rumah tangga pada 21 November 2008. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here