Malaysia catat 21,176 kes baharu hari ini

0
1

KES baharu Covid-19 di Malaysia kembali melepasi angka 21,000, apabila mencatatkan 21,176 kes hari ini.

Angka berkenaan menjadikan kes keseluruhan kini 1,940,950 sejak virus Covid-19 melanda negara.

Berdasarkan data dan infografik yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebooknya, Sarawak terus mencatatkan jangkitan tertinggi melepasi 3,000 kes, iaitu 3,734 dan Selangor (3,595).

Ia diikuti Johor yang mencatatkan 2,297 kes, Sabah (2,246), Pulau Pinang (1,939), Kedah (1,808), Kelantan (1,254) dan Perak (1,366).

Manakala Terengganu merekodkan 776 kes, Pahang (853), Kuala Lumpur (467), Melaka (485) dan Negeri Sembilan (252).

Di Perlis sebanyak 77 kes direkodkan, Putrajaya (21) dan Labuan pula enam kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here