
SEBANYAK lima lokaliti membabitkan Sabah dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa bermula 12 hingga 25 September 2021.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad, berkata keputusan itu dilakukan selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ia termasuk mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dan telah bersetuju untuk mengenakan PKPD di lokaliti-lokaliti berkenaan.
Lokaliti yang dikenakan PKPD di Sabah adalah melibatkan satu lokaliti di Kota iaitu Kampung Kopungit.
Di Pahang pula membabitkan dua lokaliti di perkampungan Orang Asli di Kuala Krau, Temerloh iaitu Kampung Pasu dan Kampung Penderas; POS Sinderut di Ulu Jelai, Lipis; dan FELDA Keratong 5 di Rompin. – Malaysiapost
