Buka sekolah bagi kawasan rendah kadar jangkitan Covid-19 – Zahid

0
1
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) wajar mempertimbangkan pembukaan sekolah berdasarkan kawasan yang sangat rendah kadar jangkitan virus Covid-19.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata manakala bagi kawasan masih tinggi kadar jangkitan, sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) diteruskan walau dalam negeri Fasa Dua dan Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Ini akan memberi keyakinan kepada ibu bapa dan para guru untuk sesi persekolahan secara bersemuka di kawasan kurang jangkitan.

“Ia juga sebagai dorongan kepada anggota masyarakat mempertingkatkan tekad mengurangkan kadar jangkitan dalam kawasan masing-masing,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan perlu mengambil kira kebimbangan ibu bapa kerana mereka berhak untuk berasa resah terhadap risiko keselamatan anak-anak mereka.

“Ini cuma bersifat sementara berdasarkan penegasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kadar vaksinasi yang tinggi akan menurunkan kadar jangkitan di seluruh negara,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober ini.

Bagaimanapun, katanya, sesi berkenaan tidak akan melibatkan negeri-negeri yang masih berada di dalam Fasa Satu PPN. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here