Cukup-cukuplah DAP – Wan Saiful

0
2

KETUA Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, meminta DAP agar menunaikan janji dalam meredakan suhu ‘panas’ politik negara.

Menurutnya, kenyataan terbaru dibuat pemimpin veteran parti berkenaan Lim Kit Siang, semalam menggambarkan keadaan sebaliknya.

“Kenyataan terbaru parti DAP. Tiada kerjasama jika tiada undi percaya terhadap YAB PM (Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob).

“Mana pergi janji pembangkang yang mahu hilangkan suhu panas politik? Cukup-cukuplah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Wan Saiful merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkenaan, yang mengatakan kemungkinan untuk mencapai perjanjian kepercayaan-perbekalan-reformasi di antara pihak kerajaan dan pembangkang kini tergugat.

Kit Siang berkata, kerjasama itu berhadapan dengan nasib yang tidak menentu akibat ketiadaan usul undi percaya dalam aturan urusan mesyuarat sidang Parlimen minggu hadapan.

Menurutnya, Perdana Menteri boleh mengelak undian kali ini, namun bolehkah beliau elak undian di Parlimen yang akan menjadi cerminan keabsahan beliau.

Ia sama ada pada 23 September ini semasa usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, atau 7 Oktober depan semasa pembentangan Rancangan Malaysia ke-12, Belanjawan 2022, atau apa-apa Rang Undang-Undang (RUU) lain. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here