15,754 PATI ditangkap menerusi Op Benteng

0
1

SERAMAI 15,754 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap, manakala 2,232 diusir sejak Mei 2020 hingga 7 September 2021.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata ia dilaksanakan hasil kerjasama bersepadu 19 agensi termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis dan Maritim Malaysia di bawah National Task Force.

“Selain PATI, seramai 1,148 tekong dan 781 penyeludup turut ditangkap dalam tempoh yang sama.

“Daripada sudut rampasan pula, saya dimaklumkan sebanyak 2,381 kenderaan darat dan 540 kapal/bot berjaya dirampas,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Hishammuddin berkata selari dengan matlamat utama pelaksanaan Operasi Benteng, ATM akan terus berusaha sedaya upaya dan kekal bekerjasama rapat dengan semua 19 agensi terlibat.

Katanya, ia demi mengawal ketat sempadan negara daripada kemasukan PATI di samping mengekang penularan wabak Covid-19 yang mungkin dibawa oleh PATI berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here