Lelaki hayun sabit atas kereta polis

0
1

TINDAKAN agresif seorang lelaki menghayunkan sabit dengan memanjat bumbung sebuah kereta peronda polis, memaksa pasukan bomba membuat semburan air terhadap lelaki berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi tadi di hadapan Balai Polis Gopeng, suspek kemudian berjaya ditahan selepas turun dari kereta peronda terbabit sebaik disembur air.

Lelaki yang hanya berseluar panjang dan tidak memakai baju itu, turut memegang sebilah parang semasa berdiri di atas kenderaan terbabit.

Insiden berkenaan dirakam oleh orang awam berhampiran sebelum video berkenaan tular di media sosial.

Berdasarkan video berdurasi 43 saat itu, lelaki terbabit dilihat menghayunkan sabit berkenaan sebelum anggota bomba menyembur air ke arahnya.

Suspek yang terkena semburan air itu kemudian turun dari kenderaan, sebelum berlaku pergelutan dan akhirnya ditahan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here