Agong terima mengadap Perdana Menteri

0
1

YANG di-Pertuan Agong hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat Pra-Kabinet menerusi sidang video di Istana Negara.

Menurut perkongsian di Facebook Istana Negara, sesi berlangsung selama sejam itu bermula jam 9 pagi.

“Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” tulis hantaran itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here