Hampir 70 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi

0
1
Suasana di hadapan Kompleks Sogo dan Jalan TAR ketika tinjauan Malaysiapost hari ini. Kerajaan mengumumkan kelonggaran kepada penerima-penerima 2 dos vaksin lengkap mengunjungi kedai-kedai dan kompleks membeli belah yang dibenarkan.

PERATUSAN vaksinasi populasi dewasa di Malaysia kini hampir 70 peratus dengan 16,299,881 individu atau 69.6 peratus lengkap divaksinasi setakat semalam.

Berdasarkan infografik dikongsi dikongsi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba, bagi yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pula ada sebanyak 89.9 peratus atau 20,814,413 individu.

Jumlah dos vaksin Covid-19 yang diberikan semalam adalah sebanyak 326,476 dos membabitkan 134,307 dos pertama dan 192,169 dos kedua.

Peratusan keseluruhan populasi Malaysia yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin setakat ini adalah 63.7 peratus, manakala lengkap vaksinasi sebanyak 49.9 peratus.

Lembah Klang dan Labuan mencatatkan peratusan tertinggi populasi dewasa lengkap vaksinasi iaitu Lembah Klang (97.8 peratus) dan Labuan (95.6 peratus), setakat semalam.

Sarawak pula mencatatkan 87.8 peratus, diikuti Negeri Sembilan 84.1 peratus penduduk dewasa yang sudah lengkap vaksinasi.

Sementara itu, Sabah mencatatkan peratusan terendah jumlah populasi dewasa yang lengkap vaksinasi iaitu hanya 46.1 peratus setakat ini dan 63.3 peratus yang mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here