Segerakan kelulusan geran, bantuan kepada PKS digital – Annuar

0
2

PERBADANAN Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) diarah menyegerakan proses kelulusan geran dan bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) digital.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menegaskan dana lebih RM40 juta yang diperuntukan sebelum ini mesti diluluskan dalam tahun ini juga.

“Saya tekankan supaya setiap permohonan mesti diproses dan dibuat keputusan dalam tempoh tidak lebih daripada 60 hari,” katanya menerusi ciapan di Twitternya hari ini.

Semalam, Annuar bersama beberapa pegawai kanan dari KKMM mengadakan perbincangan bersama MDEC.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk usaha menyediakan ekosistem digital yang selari dengan keperluan semasa.

Turut bersama dalam perbincangan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz yang baru dilantik 1 September lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here