Pemandu lori rempuh 5 kenderaan direman 4 hari

0
2

PEMANDU lori yang merempuh lima kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh di Sentul, Kuala Lumpur semalam ditahan reman empat hari.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata lelaki berusia 25 tahun terbabit direman bermula hari ini.

Katanya, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, Sarifudin dilapor berkata, siasatan awal mendapati lori berkenaan dari arah Jalan Duta menghala ke Sentul, gagal dikawal dan merempuh dengan laju lima kenderaan lain yang berhenti di lampu isyarat.

Beliau berkata, nahas itu mengakibatkan pemandu Perodua Myvi cedera ringan di muka dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala pemandu empat kenderaan lain dilaporkan tidak cedera.

Katanya, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamin dan amphetamin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here