SEBANYAK 1,721,274 kes atau 91.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 terdiri individu tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap dua dos vaksin.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 280,069 kes atau 14.9 peratus pula adalah individu tidak lengkap divaksinasi manakala 159,460 kes atau 8.5 peratus lengkap vaksin.
“Daripada 18,547 kes hari ini, 308 kes (1.66%) adalah kategori 3, 4, dan 5 dan 18,239 kes (98.34%) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
“Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan juga kurang berisiko mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 311 kes kematian dilaporkan hari ini membabitkan 270 warganegara serta 41 warga asing.
“Daripada jumlah itu, 93 kes adalah kematian diluar fasiliti kesihatan (BID) iaitu 68 warganegara dan 25 warga asing, angka korban kini 18,802 kes,” katanya.
Beliau berkata, selain itu, terdapat 39 kluster baharu dikesan membabitkan 23 di tempat kerja, 13 kluster dalam kalangan komuniti dan masing-masing satu kluster dalam pusat tahanan, kumpulan berisiko tinggi dan institusi pendidikan.-Malaysiapost

