Wira negara pulang hari ini

0
2

PEMENANG pingat emas Paralimpik Tokyo 2020, Abdul Latif Romly dan Cheah Liek Hou dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6 petang hari ini.

Abdul Latif menyumbang emas ketiga menerusi acara lompat jauh, manakala Liek Hou mencipta sejarah menjadi pemain pertama negara memenangi pingat emas acara badminton.

Turut pulang ke tanah air hari ini ialah Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin serta seluruh atlet dan pegawai negara yang menyertai temasya sukan berkenaan.

Temasya sukan berprestij itu berakhir semalam menyaksikan Malaysia keseluruhannya merangkul tiga pingat emas dan satu perak.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Ti Lian Ker menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan kepulangan wira negara hari ini.

“We’re coming home! Itu ungkapan mesej yang saya terima pagi ini bersama raut wajah keceriaan wira-wira negara di Paralimpik Tokyo 2020 termasuk pemenang pingat emas kita, Cheah Liek Hou dan Abdul Latif Romly.

“Mereka dalam perjalanan pulang ke tanah air dan dijangka tiba di KLIA pada jam 6 petang hari ini. Kita doakan mereka selamat sampai sebentar lagi,” katanya.

Seorang pemenang pingat emas negara, Bonnie Bunyau Gustin yang memenangi acara angkat berat telah pun tiba di tanah air pada 31 Ogos lalu.

Dua pingat perak negara disumbangkan atlet Boccia, Chew Wei Lun dan Jong Yee Khie menerusi acara powerlifting 107 kilogram. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here