Pelajar Tingkatan Lima, Enam di Labuan mula bersekolah 3 Okt

0
1
sekolah spm school

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) bersetuju membuka semula sekolah di Labuan mulai 3 Oktober depan dengan fasa pertama membabitkan pelajar Tingkatan Lima dan Enam.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata keputusan itu dibuat setelah menilai bahawa Labuan satu-satunya wilayah yang memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan jangkitan Covid-19 yang dapat dikawal.

“Memandangkan Labuan telah memasuki Fasa 4 PPN, sekolah-sekolah dapat dibuka kembali pada 3 Oktober bagi Tingkatan Lima dan Enam, dan pembukaan semula sekolah di pulau ini akan dilakukan secara berperingkat,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perjumpaan dengan guru besar dan pengetua di Labuan hari ini.

Mengulas lanjut, Radzi berkata fasa kedua sekolah akan dibuka semula membabitkan pelajar lain iaitu murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah Tingkatan Satu, Dua, Tiga dan Empat dengan kapasiti kehadiran 50 peratus.

Katanya, ia akan dilakukan dalam tempoh dua minggu selepas 3 Oktober melalui kaedah ‘flip classroom’.

Radzi berkata, KPM telah menerima input dan pandangan mengenai cadangan pembukaan semula sekolah dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan semalam yang dianggotai Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari dan Pengerusinya Rithuan Ismail. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here