Saya pakai jam buruj, bukan Rolex – Idris

0
2

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad menafikan beliau menggunakan jam tangan mewah Rolex seperti didakwa peguam dan aktivis, Siti Kasim.

Idris memaklumkan jam tangan digunakannya adalah jenama Buruj yang dipakainya sejak sekian lama untuk memudahkan beliau tahu waktu solat serta arah kiblat.

Beliau turut memuatnaik jam tangan tersebut serta tangkap layar tuduhan Siti Kasim mengenainya di Facebook.

“Untuk pengetahuan, jam Buruj ni lama dah saya pakai, senang nak tahu waktu solat dan arah kiblat.

“Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Menerusi tangkap layar daripada Twitter Siti Kasim, aktivitis itu meminta pengikut laman sosialnya memeriksa jam tangan Rolex dipakai Idris dalam satu gambar memaparkan menteri agama itu menadah tangan berdoa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here