‘30 tahun hidup macam-macam yang saya buat’ – Aliff Aziz

0
1

NAMA Aliff Aziz sebelum ini pernah terpalit dengan beberapa kontroversi, namun tidak bermakna tiada sinar bagi penyanyi kelahiran Kota Singa itu mahu berubah ke jalan Allah.

Bagi Aliff, 30, dia juga seakan-akan tidak mengingati adakah sebelum ini pernah membuat kebaikan dalam hidup sehinggakan urusan penghijrahan ke jalan Allah sangat dipermudahkan.

“Yakin bahawa semua perkara hanya dengan kehendak Allah. Saya tiada kelebihan, saya hanya hamba lemah yang mahu guna kehidupan Allah bagi untuk ikut yang saya mahukan.

“Selama 30 tahun hidup, macam-macam yang saya buat. Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui dan saya tidak tahu apa kebaikan yang saya pernah buat hingga Allah bagi jalan.

“Saya yakin semuanya dalam pengetahuan Allah,” katanya menerusi satu program secara virtual baru-baru ini.

Sebelum ini, suami kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah itu mengejutkan ramai pihak apabila kini berhijrah mendalami agama dan menyertai jemaah tabligh.

Menurut penyanyi Sayang Sayang itu, apa yang diharapkan dengan penghijrahannya adalah sentiasa istiqomah di jalan Allah.

Tambahnya, dia sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan insan yang baik-baik dan tidak langsung mengungkit sejarah hitamnya sebelum ini.

“Saya rasai pelbagai perasaan yang tak dapat saya terangkan. Suasana dan orang di sana (ahli jemaah lain) tiada ‘judgement’, semua sama tidak kira keturunan, pangkat dan darjat.

“Semua hamba Allah belajar untuk dekatkan diri dengan-Nya. Semoga saya terus istiqamah,” ujarnya.

Aliff melangsungkan perkahwinan dengan Bella pada 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Ayden Adrian, 3, dan Ara Adreanna, setahun.

Nama Aliff sebelum ini penah dikaitkan dengan kontroversi kecurangannya dengan beberapa orang wanita termasuk kes melibatkan undang-undang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here