Muhyiddin dilantik Pengerusi MPN bertaraf Menteri

0
1

PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara yang bertaraf Menteri.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 1 September lalu, telah bersetuju melantik bekas Perdana Menteri ke-8 berkenaan.

Beliau yang juga Setiausaha Jemaah Menteri, berkata pelantikan itu telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Pelantikan ini juga dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara.

“Ia demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhyiddin di atas pelantikan berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here