Liek Hou cipta sejarah Paralimpik

0
1

WIRA negara, Cheah Liek Hou, mencatat sejarah sebagai pemenang emas pertama paralimpik badminton yang pertama kali diperkenalkan di Paralimpik Tokyo 2020.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, mengucapkan tahniah dan syabas kepada atlet berusia 33 tahun itu.

“Emas buat Malaysia! Tahniah Cheah Liek Hou! You did it! Terima kasih Cheah Liek Hou.

“Liek Hou menghadiahkan kilauan emas  buat negara sebentar tadi setelah berjaya menundukkan pemain ranking nombor satu dunia dari Indonesia, Antimushti Dheva (Indonesia) dalam perlawanan straight set 21-17 dan 21-15,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya, Liek Hou sememangnya sandaran untuk membawa kilauan pingat buat negara dan beliau membuktikan keunggulan sebagai seorang pemain para badminton yang cukup handal.

“Liek Hou juga merupakan pemenang pingat emas pertama dalam sejarah paralimpik! Badminton pertama kali diperkenalkan di Paralimpik Tokyo 2020 ini.

“Seluruh negara menyaksikan kehebatan beliau di pentas akhir. Saya juga menonton dengan penuh debaran dan keterujaan.

“Alhamdulillah, emas kedua milik kita,” katanya.

Sementara itu, kelab badminton Nusa Mahsuri berkata, Liek Hou membuktikan keunggulannya sebagai atlet pertama badminton negara menerusi kemenangan berkenaan.

“Liek Hou memenangi pingat emas usai mengenepikan Dheva Anrimusthi 21-17, 21-15 pada pentas final perseorangan lelaki badminton Kelas SU5 Sukan Parampik Tokyo sebentar tadi.

“Paling mencuri tumpuan ialah kejayaan Liek Hou memenangi perlawanan dua set terus ke atas pemain pilihan pertama dari Indonesia itu walaupun menerima tentangan sengit pada set kedua,” katanya kelab itu menerusi Facebook rasminya.

Kelab berkenaan turut mengucapkan tahniah kepada legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek atas kejayaan Liek Hou.

“Tahniah Liek Hou, Tahniah Datuk Rashid Sidek!Negaraku berkumandang di bumi Jepun. Anda berdua kebanggaan seluruh rakyat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here