Jangan gugat keharmonian negara melalui media sosial – PDRM

0
1

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai menjadi pengguna media sosial bijak dan tidak menggunakannya sebagai platform a mendatangkan kegentaran awam sert menggugat keharmonian negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata individu sengaja menggugat ketenteraman awam akan dikenakan tindakan tegas.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman awam.

“Sebarang maklumat berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan perkhidmatan boleh disalurkan kepada PDRM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kes membabitkan pemilik akaun Facebook Masitah Ab Jalar atau dikenali dengan nama Sittah Annuar yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan ajar an sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ (PMYT).

Abd Jalil turut  mengesahkan penahanan 

wanita terbabit dalam satu serbuan dan suspek kini direman selama empat hari sehingga 7 September ini.

Menurutnya, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here