Beberapa individu akan ditahan susulan pencemaran Sungai Semenyih

0
1

JABATAN Alam Sekitar (JAS) mengesan beberapa parameter bahan cemar dari sebuah kilang disyaki melepaskan sisa buangan ke saliran awam yang dipercayai mengakibatkan pencemaran bau di Sungai Semenyih.

Menteri  Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia dikesan ketika mengukur kualiti udara di premis terbabit dan sampel efluen akan dianalisis oleh Jabatan Kimia.

Tegasnya pihaknya akan mengambil tindakan susulan termasuk menahan beberapa orang disyaki untuk tindakan lanjut.

“JAS akan menahan beberapa individu bagi merungkai punca kejadian pencemaran bau di Sungai Semenyih sehingga menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di Lembah Klang, baru-baru ini,” katanya di Twitter, hari ini.

Semalam, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihenti tugas akibat insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih.

Ia menyebabka berlaku gangguan bekalan air tidak berjadual di 463 kawasan di Lembah Klang.

Sebanyak 94 lori tangki air digerakkan ke kawasan terjejas dan premis kritikal sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual berkenaan.

Bekalan air di kawasan yang terjejas itu dijangka pulih sepenuhnya Isnin ini. – Malaysiapost

Gambar sekadar hiasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here