12 kluster tempat kerja baharu dikesan

0
1
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

SEBANYAK 16 kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan 12 daripadanya adalah kluster tempat kerja termasuk kluster berulang.

Kluster tempat kerja yang dilaporkan adalah membabitkan kilang, ladang, pasar raya dan juga institusi awam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata selain 12 kluster tempat kerja, dua lagi adalah kluster komuniti dan satu kluster pendidikan.

Perincian 16 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut:

1. Kluster Industri Jalan Kampung Taib 2 – kluster berulang (Hulu Selangor) dengan 17 kes
2. Kluster Tapak Bina Baiduri Jaya (Hulu Langat) dengan 72 kes
3. Kluster Industri Jalan Tiga Olak Lempit (Kuala Langat) dengan 27 kes
4. Kluster Industri Riang 21(Johor Bahru) dengan 29 kes
5. Kluster Jalan Sekakap (Mersing) dengan 39 kes
6. Kluster Jalan Baling Pengkalan – institusi awam (Hulu Perak) dengan 12 kes
7. Kluster Sri Banding – institusi awam (Hulu Perak) dengan 84 kes
8. Kluster Jalan Jinjang 2 – kluster berulang (Kepong) dengan 15 kes
9. Kluster Industri Palong 17 (Jempol) dengan 26 kes
10. Kluster Industri Gebeng 1/11 (Kuantan dan Kemaman) dengan 27 kes
11. Kluster Jalan Besar Rantau Panjang (Pasir Mas) dengan lapan kes
12. Kluster Jalan Semawang (Sandakan) dengan 116 kes
13. Kluster Kampung Gebeng (Machang dan Pasir Mas) dengan tujuh kes
14. Kluster Kampung Rahmat Hilir – komuniti (Pasir Mas) dengan 10 kes
15. Kluster Kampung Atas Tol – komuniti (Kuala Terengganu) dengan 21 kes
16. Kluster Kampung Pasir Akar – pendidikan (Besut) dengan 59 kes

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 4,854 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 1,455 kluster masih aktif dan 3,399 kluster telah tamat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here