Kes kematian melonjak melebihi 300 hari ini!

0
1
rumah mayat covid hkl

JUMLAH kematian akibat Covid-19 hari ini meningkat kepada 330 kes berbanding 249 kes yang direkodkan semalam.

Angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 kini mencecah 17,521.

Berdasarkan data yang dikongsi di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 22,399 kes sembuh baharu direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh setakat ini adalah 1,528,672.

Bagi kes harian jangkitan Covid-19 hari ini merekodkan 19,378 dengan 14 daripadanya adalah kes import.

Jumlah kes aktif Covid-19 adalah 259,189 di seluruh negara dan sehingga hari ini jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu kini mencecah 1,805,382.

Sementara itu, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 975 kes dan 463 memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here