KERAJAAN bersetuju untuk menyambung pelantikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah.
Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet pertama dipengerusikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.
Turut dsambung ialah pelantikan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing sebagai Duta Khas ke China dan Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Richard Riot sebagai Duta Khas ke Asia Timur.
Abdul Hadi dan King Sing mula dilantik ke jawatan masing-masing yang bertaraf menteri pada 20 April 2020 ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Richard pula mula dilantik sebagai Duta Khas kepada Perdana Menteri ke Asia Timur (Jepun, Republik Korea dan Taiwan) bertaraf menteri pada 14 Mei 2020. – Malaysiapost

