Covid-19 catat 20,988 kes baharu

0
1
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

SEBANYAK 20,988 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini, menjadikan keseluruhan kes terus meningkat kepada 1,786,004 kes.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, Selangor mencatatkan 4,073 kes baharu iaitu tertinggi antara negeri di Malaysia.

Kes di Sarawak pula terus melonjak menghampiri angka 3,000 apabila melaporkan Sarawak 2,992 jangkitan, diikuti Kedah (2,455), Sabah (2,329), Johor (2,145), Pulau Pinang (1,600) dan Kelantan (1,247).

Perak mencatatkan 990 kes, diikuti Terengganu (987), Kuala Lumpur (731), Pahang (599), Melaka (407), Negeri Sembilan (301), Perlis (90), Putrajaya (37) dan Labuan dengan lima kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here