249 kes kematian Covid-19 hari ini

0
1
Jenazah Siti Sarah dibawa masuk ke dalam van jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu Gombak hari ini.

JUMLAH kematian akibat Covid-19 masih mencecah tiga angka dengan merekodkan 249 kes kematian baharu, hari ini.

Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 kini 17,191.

Berdasarkan data yang dikongsi di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 23,473 kes sembuh baharu direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh setakat ini adalah 1,506,273 kes.

Bagi kes harian jangkitan Covid-19 hari ini merekodkan 20,988 kes, yang membabitkan 20,987 kes tempatan dan satu kes import.

Jumlah kes aktif Covid-19 adalah 262,540 di seluruh negara dan sehingga hari ini, sebanyak 1,786,004 jumlah kes keseluruhan jangkitan wabak itu.

Sementara, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 1,001 kes dengan 470 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here