Tiada kematian akibat vaksin Covid-19 – KJ

0
1
vaksin uitm

TIADA kematian berpunca akibat suntikan vaksin Covid-19 dalam Program Imunisasi Covid-19 (PICK) yang dilaksanakan pada 24 Februari lalu, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau menjelaskan berdasarkan sistem pelaporan berkaitan kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI), hanya 0.04 daripada 1,000 dos dikategorikan sebagai serius.

Katanya, jumlah itu adalah daripada kadar keseluruhan laporan yang diterima iaitu 0.53 daripada 1,000 dos.

“Kebanyakan daripada kes yang mengalami kesan sampingan teruk ini hanya memerlukan tempoh rawatan singkat di hospital,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Khairy berkata, sehingga 30 Ogos lalu sebanyak 34,455,366 juta vaksin telah diberikan kepada orang ramai menerusi PICK.

“Daripada jumlah itu, hanya 20.7 daripada 1,000 dos yang diberikan menerima laporan gejala ringan di MySejahtera.

“Kesan sampingan ringan yang dilaporkan antaranya sakit di bahagian suntikan, sakit kepala dan kelesuan dalam kalangan penerima vaksin,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here