Reezal Merican mula tugas di KPKT

0
2

MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, memulakan tugas secara rasmi di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Putrajaya hari ini.

Ahli Parlimen Kepala Batas itu, yang sebelum ini menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan, bertekad untuk terus komited menyempurnakan amanah yang diberikan.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera warga KPKT. Hari ini, 1 September 2021, permulaan perjalanan saya bersama keluarga besar KPKT dan tanggungjawab saya sendiri sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Insya-Allah, saya dan barisan tertinggi serta seluruh keluarga besar KPKT akan terus komited menyempurnakan amanah yang diberi,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berdoa agar perjalanan bersama KPKT sentiasa dilindungi dan dipermudahkan segala urusan.

Reezal Merican mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Isnin.

Selepas mengimbas kad perakam memasuki pejabatnya, hari ini beliau dijadualkan menyertai mesyuarat Kabinet pertama yang dipengerusikan Ismail Sabri secara maya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here