Loji Rawatan Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya

0
2

AIR Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bahawa Loji Rawatan Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya.

Menurut syarikat utiliti itu menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi, ia berikutan insiden pencemaran air mentah di Muka Sauk Jenderam Hilir.

“Air Selangor akan memaklumkan senarai kawasan gangguan dari semasa ke semasa menerusi medium komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com,” katanya.

Setakat jam 1.30 tengah hari tadi masih belum ada perkembangan terbaharu dimaklumkan berhubung kawasan yang terjejas serta tempoh masa yang diambil untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Difahamkan, Loji Sungai Semenyih membekalkan air bersih kepada 2 juta pengguna di Putrajaya, Cyberjaya, Sepang, Puchong, Seri Kembangan, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat, Kuala Langat dan sekitarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here