Bersatu sambut baik konsep Keluarga Malaysia

0
2

BERSATU menyambut baik konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pendekatan itu amat bertepatan bagi memelihara keharmonian antara rakyat yang berbilang agama, bangsa dan budaya.

“Bersatu yakin barisan Jemaah Menteri yang baru dilantik mampu mentadbir negara selari dengan aspirasi rakyat yang mahukan proses pemulihan negara berjalan lancar dan inklusif,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sempena menghayati tema Hari Kebangsaan iaitu Malaysia Prihatin, Muhyiddin berkata Bersatu berazam dan bertekad memperkasakan amalan politik khidmat bakti kepada rakyat di semua peringkat.

Katanya, ia terutama bagi membantu rakyat yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Bersatu menyeru semua pihak untuk mengetepikan segala perbezaan yang ada dan seterusnya memperbaharui iltizam nasional secara kolektif untuk terus fokus kepada agenda membangunkan negara dan membela rakyat,” katanya.

Muhyiddin menambah, usaha berterusan perlu untuk mengukuhkan perpaduan antara rakyat yang majmuk, seterusnya menjadi pemangkin atau pemacu kepada kemajuan negara pada masa hadapan daripada segala aspek ekonomi, pendidikan dan sosial. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here