Kekurangan vaksin Covid-19, TMJ titah MB menghadap

0
1

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu untuk menghadap baginda hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook turut serta dititah menghadap ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.

“Saya juga akan berhubung dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (Abu Bakar) mengenai satu laporan yang saya terima mengenai kekurangan vaksin dan pembatalan janji temu untuk vaksinasi.

“Saya juga akan bangkitkan mengenai isu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Educity dan program vaksinasi untuk pekerja-pekerja kilang pada mesyuarat esok (Isnin),” titah baginda. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here